Wednesday, 11 July 2018

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Secara umumnya bimbingan ialah seseorang yang memberi nasihat kepada seorang yang lain tanpa menggunakan teori kaunseling dengan hanya menggunakan matlamat dan pandangan sendiri

Kaunseling pula membawa maksud seseorang individu yang telah mempelajari teori dengan menggunakannya untuk membantu org lain




KONSEP BIMBINGAN


  • Proses membantu individu @kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan potensi mereka supaya dapat membuat pilihan bijak dari aspek peribadi,kerjaya,sosial dan perkembangan diri  dengan lebih berkesan.

  • Proses yang memberi pertolongan positif kepada individu

KONSEP KAUNSELING

  •  Suatu proses interaksi semuka secara sistematik yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya serta menyelesaikan masalah

  •  Kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial semata-mata tetapi menolong individu memahami kelebihan, kelemahan dan potensi diri

  • Proses pertemuan secara bersemuka antara seseorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan kepada kliennya

  • Kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaiman ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya

  • Merupakan sebahagian daripada proses menolong. Melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimnya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perekmbangan dirinya.
Secara kesimpulannya,bimbingan ataupun kaunseling membawa maksud yang hampir sama tetapi pelaksaannya yang membezakan bimbingan dan kaunseling tersebut.





No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Lee Keok, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taqiudin Abd Mukti.2014. Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak :Oxford Fajar Sdn. Bhd. Suppia...