- Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura
- Reaksi lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien
- Di dalam tahap yang pertama ini perkara yang dititikberatkan ialah membina hubungan dan penstrukturan
- 2.PENGSTRUKTURAN
- Pengstrukturan dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan limitasi
- Tahap penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong
- 3. PROSES PENEROKAAN
- Proses penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor di mana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi
- Menurut Charhuff dan Anthony (1979) telah menyatakan bahawa tahap penerokaan adalah dilakukan bagi membantu individu melihat dimanakah mereka berada
- Tugas atau tanggungjawab kaunselor dalam membantu klien ialah membimbing klien meneroka situasi dirinya ke arah jalan penyelesaian yang diinginkan oleh klien dengan mendorong dan memberikan sokongan serta peka terhadap isyarat tersembunyi iaitu verbal dan nonverbal
- 4.PROSES SEMAK ALTERNATIF
- Proses semak alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diperolehi daripada klien
- Kaunselor perlulah mendorong klien membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya
- 5.PROSES MENGAMBIL TINDAKAN
- Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien
- Sesuatu pelan tindakan yang dipilih itu mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan
- Setelah mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlansung antara kaunselor dengan klien
- Fungsi penamatan sebenarnya adalah untuk menunjukkan sesuatu yang ingin ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang baik peribadi dan professional
- Penamatan perlulah dilakukan mengikut kesesuaian diri klien tersebut samaada sudah mampu untuk berhadapan dengan diri sendiri atau tidak
- 7.PROSES SUSULAN
- Susulan adalah merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien, namun begitu kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan proses ini adalah merupakan proses penyeliaan yang positif yang boleh menggalakkan kepada pertumbuhan klien yang klien inginkan
- Melalui susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang klien nya. Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka panjang sekurang- kurangnya selepas 6 bulan penamatan.
No comments:
Post a Comment